Puisi Seorang Gadis

A collection of series in life translated in poetry.

My Photo
Name:
Location: Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Heyho ! :)

Friday, September 12, 2008

Kisah Dua Merpati

Wahai anak kecil,
apa kau buntu tentang cinta?
Usah takut usah gentar,
mari kemari aku ingin bercerita.

Wahai anak kecil,
Adakah kau nampak dua merpati putih itu?
Lihat saja mereka berdua,
Ternyata kau dapat lihat cinta.

Apa masih cinta menjadi persoalan?

Kau lihat pula ke dalam mata mereka anak kecil.
Apakah tidak nampak kau akan cinta mereka?

Maka jawab si anak kecil,
Tidak wahai tuan hamba.

Wahai anak kecil,
Jika orang kata kau buta,
Kau jawablah kembali.

"Aku tidak buta tetapi cinta itu yang buta. Dia hadir di kala kau keseorangan, tercungap mahukan udara, tercari-cari akan cahaya"

Jadi anak kecil,
Kau lihat sahaja dua merpati itu sekali lagi.
Ada kau nampak cinta itu sekarang?

Dan dengarlah wahai anak kecil.
Apabila aku sudah tiada,
Kau perdengarkanlah kisah dua merpati ini kepada mereka yang masih mencari2 erti cinta.
Kau perdengarkanlah kisah ini kepada mereka yang masih buntu,
hilang di antara norma kehidupan.

Dan wahai anak kecil,
Sesungguhnya setiap merpati memang dijadikan berpasangan dan dipisahkan sebentar oleh Esa.
Bagai kisah Adam dan Hawa.
Hanya tunggu masa agar dilebarkan sayap.




P/s: This poem, made specially for Soleh and Atiyah. They are truly made for each other. I wish u guys all the best.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home