Puisi Seorang Gadis

A collection of series in life translated in poetry.

My Photo
Name:
Location: Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Heyho ! :)

Wednesday, December 10, 2008

Kalaulah ;

Kalaulah aku ada segalanya,
Pasti ekoran nya ramai,
Hingga tersiul di bibir dikau akan mahu dijadikan simpanan.


Kalaulah aku ni cantik,
Sama seperti mereka² yang kau mahukan,
Pasti aku menjadi pilihan.


Dan jikalau aku ni HOT,
Sampai boleh kau ngiur dan banggakan,
Pasti aku menjadi pilihan.


Kalaulah aku seperti mereka,
Pasti aku menjadi pilihan.

Sunday, November 9, 2008

Jika ditanyakan aku oleh bintang itu akan satu yg aku tidak tahu,
Apakah mungkin bisa aku jawab?
Sedangkan si empunya wajah tak terlarut dalam kebahagiaan,
terkentut tercirit pun mana mungkin bisa aku jawab!

Biarkan saja cuping aku membara terdengar orang lain berkata,
Lagak mereka seakan si merak bermegah kan sayap,

Apa kau tahu isi hati aku?
Apa kau tahu segala apa yang aku ragu?
Hebat sangat kah empunya diri hingga berani mencampingkan isi hati?

Hentikan saja lakonan kau yg bertopengkan arang!
Tidakkah kau puas melihat si anak kecil ini menangis?
Tidakkah kau puas melihat gadis ini kesana kemari tanpa haluan diri?

Hentilah segala apa yang kau ketahui.
Hentikan.

Aku sudah penat melalui semua ini. Penat..

Monday, October 13, 2008

Ada apa tentang kau?

Hey Jejaka!
Ada apa tentang kau?
Tiap kali aku mendengar mereka menyebut nama mu,
Aku seolah tewas di medan perang,
tersungkur di muka bumi, menyujud ke atas Ilahi agar diberikan kekuatan
Kerana tiap kali kau menyeru nama ku,
Aku lemah.. Aku lemah jejaka, aku lemah..
Ada apa tentang kau yang bisa mencuri perhatian emosi aku?
Ada apa dengan kau? Aku benar2 ingin tahu.

Friday, September 12, 2008

Kisah Dua Merpati

Wahai anak kecil,
apa kau buntu tentang cinta?
Usah takut usah gentar,
mari kemari aku ingin bercerita.

Wahai anak kecil,
Adakah kau nampak dua merpati putih itu?
Lihat saja mereka berdua,
Ternyata kau dapat lihat cinta.

Apa masih cinta menjadi persoalan?

Kau lihat pula ke dalam mata mereka anak kecil.
Apakah tidak nampak kau akan cinta mereka?

Maka jawab si anak kecil,
Tidak wahai tuan hamba.

Wahai anak kecil,
Jika orang kata kau buta,
Kau jawablah kembali.

"Aku tidak buta tetapi cinta itu yang buta. Dia hadir di kala kau keseorangan, tercungap mahukan udara, tercari-cari akan cahaya"

Jadi anak kecil,
Kau lihat sahaja dua merpati itu sekali lagi.
Ada kau nampak cinta itu sekarang?

Dan dengarlah wahai anak kecil.
Apabila aku sudah tiada,
Kau perdengarkanlah kisah dua merpati ini kepada mereka yang masih mencari2 erti cinta.
Kau perdengarkanlah kisah ini kepada mereka yang masih buntu,
hilang di antara norma kehidupan.

Dan wahai anak kecil,
Sesungguhnya setiap merpati memang dijadikan berpasangan dan dipisahkan sebentar oleh Esa.
Bagai kisah Adam dan Hawa.
Hanya tunggu masa agar dilebarkan sayap.




P/s: This poem, made specially for Soleh and Atiyah. They are truly made for each other. I wish u guys all the best.


Puisi ini puisi aku,
Bukan engkau bukan sesiapa
Ya puisi ini mmg punya aku
tetapi sahabat,
sememangnya ia tentang engkau.

_______________________________________________________

Sahabat,
Ketewasan aku bukan berarti tewasnya dikau.
Jadi janganlah kau terus berpaling.
Berhentilah berlari dan kecapi apa yang dihati.
Kerna sahabat, memori takkan dapat kau tewaskan.

Biar aku jatuh, biarkan aku berguling sayang.
Yang hanya aku mahu,
"Senyuman yang terukir di hatimu"
Tetapi wahai sahabat,
pesanan aku hanyalah satu.
"Treasure what you have in life, hold on to them and never let go."


Introduksi II

Salam.
Sebagai pembuka kata, aggap shj aku manusia biasa. Bukan tuhan bukan keajaiban, tetapi hanya seorang gadis yang meluahkan perasaan melalui puisi. Kau boleh ambil apa sahaja dalam hidup aku, tapi jangan lah kau berlarikan puisi-puisi aku dan kwn2 sehati aku. Merekalah sumber kehidupan aku, dan mari sini, perdengarkanlah kisah hidup aku.

And this is a short poem i made, just to show how grateful i am to be alive, how grateful i am to be surrounded by wonderful people and to have such strength for me to live.


"Tuhan,
Aku berterima kasih kerana diutuskan angin,
Kerana angin menjadi mekanisme antara aku dan Kau,
Walau hanya secelik mata, Walau hanya sealas kata,
Aku tetap berterima kasih.
Bukan niat menyalahkan hidupku ini,
tetapi hanya berterima kasih atas kasih yang Kau beri."




Mahu berkawan? click sini www.myspace.com/frhdnhmdzbr

Sunday, September 7, 2008

Omongan Puisi.

Hey sahabat!
Boleh aku bertanyakan sesuatu?
Adakah kau nampak akan sorang gadis?

Gadis mana wahai saudari?

Gadis seperti aku, sahabat.
Seorang gadis di mana semalam dilukai,
dan hari ini dibuang ketepi.
Ada engkau nampak, sahabat?
Gadis yang utuh berdiri walaupun isi dimamahi?

Tidak wahai saudari.

*Lalu dengan hampanya aku pergi.

Sunday, August 24, 2008

Luahkan wahai gadis.

aku telah jatuh,
apa lagi yang kau mahu?
robek saja apa yang ada,
taburkan saja kata topengan itu,
apa lagi yang kau mahu?
apakah tidak cukup hati yang engkau curi?
atau engkau sendiri masih dipagari?
iya ! ini luahan rasa sengsara aku.

semata2 untuk menangisi jatuhnya aku,
apa lagi yang kau mahu?
puas aku harapnya kau.

puas.